Friday, November 5, 2010

kematian...renungkanlah wahai sahabatku..



Dalam banyak perkara, saya melihat secara umumnya manusia takut untuk mati. Saya juga tidak terkecuali. Jangan tersalah anggap, saya tidak mengatakan bahawa takut mati itu tidak baik. Ia baik kerana dengan rasa takut ini, kita lebih terdidik untuk menghargai. Menghargai diri sendiri dan orang lain.
Dalam Islam sendiri, Allah melarang hamba-Nya daripada memutuskan nyawa (bunuh diri) dan membunuh orang lain tanpa sebab yang dibenarkan. Ini jelas menunjukkan Islam sangat memelihara keselamatan jiwa makhluknya baik manusia juga binatang serta tumbuh-tumbuhan.
Tapi dalam masa kita takut mati, saya memerhatikan bahawa tidak ramai manusia yang takut untuk masuk neraka. Pelik, tapi ia reliti kehidupan. Manusia takut mati, tapi tidak takut jika dihumbankan ke dalam neraka.
Mengapa saya berkata begitu?
Bukankah dalam Islam, perkiraannya mudah. Jika kita mahu ke syurga yang penuh dengan nikmat, kita harus taat kepada Allah. Sebaliknya jika mahu ke neraka yang penuh dengan sengsara, maka kita tidak perlulah mengikuti garis panduan dan ketetapan-Nya. As simple as that.
Falsafah Kematian
Dalam menyelami falsafah kematian, ulama-ulama telah menerangkan bahawa mati itu ialah suatu proses perpindahan manusia, dari satu alam kepada alam yang lain. Lebih tepat, dari alam dunia kepada alam barzakh sebelum berangkat ke alam akhirat.
Benar, kematian itu jelas. Setiap yang bernyawa ada jangka hayatnya. Macam roti, adaexpirednya. Tapi neraka itu juga realiti, benar, dan sahih. Neraka juga wujud, seperti kematian.
Bukan kisah dongeng, tapi benar. Ia pasti benar.
Persoalan
Mengapa Tuhan ciptakan neraka, jika benar Tuhan itu Pengampun, Pengasih dan Penyayang?
Maka, disini kita harus melihat sifat Allah Yang Maha Adil. Di sinilah keadilan Allah. Dia menciptakan syurga serta neraka. Bagi hamba yang baik, tempatnya syurga tapi bagi hamba yang jahat, nerakalah destinasinya.
Apa pernah kita dengar bahawa penghuni syurga itu orang zalim? Yang merasuah, membunuh, menganiaya, merogol, mencuri, merompak, derhaka atau yang suka mencarut serta bercakap kasar?
Tidak! Bahkan penghuni syurga itu sifatnya pemaaf, berbudi bahasa, baik tutur kata, bertanggungjawab, penyayang, lemah lembut, amanah dan lain-lain. Semuanya sifat yang baik-baik.
Baik kepada siapa?
Adakah kebaikan ahli syurga ini menguntungkan Tuhan? Oh, sama sekali tidak! Allah sama sekali tidak berharap dan memerlukan (bergantung) kepada makhluk, sebaliknya makhluk yang memerlukan Allah. Dan kebaikan ahli syurga ini tidak lain adalah menguntungkan makhluk juga terutamanya manusia.
Maka, yang selalu kita baca di dada akhbar ialah orang jahatlah yang selalunya mencuri atau buat jenayah. Tidak dinafikan, dalam kes-kes terpencil ada juga melibatkan orang bertudung labuh seperti kes pelajar sekolah agama buang bayi, tapi itu sangat terpencil.
Takut kepada neraka, apa kesannya?
Kita akan takut untuk berbuat amalan ahli neraka. Itu pasti. Amalan ahli neraka semuanya buruk-buruk belaka. Adakah dengan meninggalkan amalan ahli neraka akan menguntungkan Allah? Tidak! Sebaliknya yang untung ialah diri anda sendiri. Anda tidak akan dibenci, diburu polis, dirundum tekanan perasaan, dihantui rasa kesal dan paling nyata, jika anda seorang pendosa yang tak kenal erti taubat, anda tidak akan pernah merasa tenang walau sesaat dalam hidup.
Takut mati dan takut ke neraka, mana yang lebih utama?
Jika takut mati, maka yakinlah firman Allah dalam surah Al-Munafikun ayat 11:
"Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya"
Mati, sakitnya sebentar. Nazak atau sakit sakaratul maut, tidak sampai bertahun. Tapi jika sudah menjadi ahli neraka, takkan sekajap. Pasti bertahun diseksa.
Sakit mati, semua makhluk merasakannya termasuklah nabi dan rasul serta orang soleh. Semua 'menikmati' kesakitan yang hampir sama, tapi azab neraka cuma disediakan untuk VVIP sahaja, iaitu orang yang tidak bertaubat atas segala dosanya.
Takut mati kedudukannya lebih rendah daripada takut ke neraka. Kerana jika telah sampai seruan jihad al-qital, maka takut neraka akan mengatasi takut mati. Dengan itu, gugurlah para syuhada' yang dijamin tempatnya di dalam syurga. Takut mati, perlu tapi takut ke neraka adalah berkali-kali lebih perlu!
Kesimpulan
Tanya diri anda yang berakal, apa gunanya hidup 40-60 tahun jika mati nanti, murka Tuhan menanti?

Wednesday, November 3, 2010

renungan eXam



Cuba renung-renung balik, exams yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya menuntut kita supaya mempunyai 4 sikap utama ketika melakukan pelbagai perkara atau kerja. (Pre-Exam to Exam) Pertamanya adalah berikhtiar atau berusaha yang bersungguh-sungguh dan keduanya iaitu selepas itu, adalah bertawakkal. Islam tidak mengajar umatnya hanya dengan duduk diam tidak berusaha apapun dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tak bolehlah kalau kita tak study sungguh-sungguh, faham dan hafal sampai terhadam sebaik-baiknya kemudian melangkah ke tempat exam nak bertawakkal?

Itu sudah salah konsep. Usahalah dulu bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kemudian, barulah bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala kesudahan itu kepada ALLAH SWT. Sikap yang kita lakukan ini akan dapat mengusir prasangka buruk terhadap apa yang bakal kita temui nanti. Sesuatu yang buruk berlaku itu tak semestinya tak baik untuk kita, dan sesuatu yang baik itu tak semestinya baik untuk kita. Fikirkanlah... kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya” (At-thalaq:3).

Maka, hati orang yang bertawakkal kepada Allah ini insya Allah akan kuat. Ia tidak dapat dipengaruhi bermacam prasangka buruk, dan juga tidak dapat digoncang oleh pelbagai peristiwa yang terjadi. Apa-apa yang berlaku dia redha dan terima. Dia yakin Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang telah bertawwakal kepada-Nya dan yakin akan janji-Nya. Dengan sikap ini akan hilanglah kegusaran dan kegelisahan. Sesuatu kesulitan berubah menjadi kemudahan, yang berasa takut akan menjadi aman dan yang kesedihan menjadi kegembiraan. Insya Allah... "
Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyrah: 5-6)
http://www.fdcw.unimaas.nl/cwsiot/shopwindow/music/Floor%20Manschot%20&%20Michiel%20Stoter/plaatjes/happiness.jpg

Namun, saya berpendapat USAHA yang SUNGGUH-SUNGGUH dulu adalah penting sebelum kita mahu bertawakkal menyerahkan penentuan kepada Allah. Tanpa usaha itu, janganlah nak mengharap Allah akan menentukan kejayaan kepada kita hasil usaha yang tak seberapa itu. Kadang-kadang kita kata kita dah usaha betul-betul tapi masih tak dapat markah yang baik. Betul ke? Cuba cermin balik diri tu, betul ke kita dah berusaha? Dah faham & hafal betul-betul ke? Dah hadam dengan baik-baik ke? Kalau betul-betul dah, kenapa masih mahu meragui tawakkal kita padaNya?.... “Jangan sampai ujian yang beberapa hari ini saja akan menghapus syukur kita atas nikmat Allah selama ini, itu sebuah kesalahan besar, perbanyak istighfar, mudah-mudahan Allah memaafkan dan memberi jalan keluar kepada kamu....” (Post-Exam)

Kemudian, yang
ketiga dan keempat adalah sabar dan syukur. Inilah senjata utama setiap muslim dalam hidupnya. Sebahagian hidupnya mestilah diisi dengan rasa sabar terhadap pelbagai dugaan, cabaran dan masalah yang menimpanya dan selebihnya diisi dengan rasa syukur apabila datang nikmat daripada-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sungguh luar biasa urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap urusannya itu akan mendatangkan kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan musibah, dia bersabar dan itu adalah kebaikan untuknya. Hal itu tidak diberikan untuk sesiapa pun kecuali untuk seorang mukmin.” (Muslim)

Kita sering merungut apabila kita tidak dapat score markah yang yang baik dalam exam tu. "Russian ni.. suka sgt 'bias'... tak aci!" "Soalan ni tak pernah dengar pun...!!" "Susah giler soalan tadi..!!" "Kalau la aku study banyak sket semalam..." Itulah antara ayat-ayat yang terpacul daripada mulut kita selepas sesuatu exam. Ada pula... "Laa.. takdela susah sangat.." "Wah... sebijik apa yang aku hafal semalam.." "Cikgu tu baiklah..." "Nasib baik aku tak kena soalan bab tu..." Sabar boleh dibahagikan kepada 3; pertamanya dalam menghadapi musibah, misalnya dengan tidak meratap dan berkeluh kesah. Kedua, sabar dalam menjalankan ketaatan terhadap Allah s.w.t dan akhir sekali, adalah sabar dalam menjauhi kemaksiatan. Manakala, syukur pula bukanlah dengan hanya dengan mengucapkan hamdallah sahaja, namun dengan mengunakan jiwa raga dan nikmat-nikmat untuk mewujudkan ketaatan kepada Allah s.w.t. Satu musibah itu mestilah disyukuri juga, sebab asasny

cinta sejati



Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw yg bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula...

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.

Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

 

kenapa wanita mudah menangis


Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" . "Kerana aku seorang wanita", kata ibu kepadanya. "Saya tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian kanak-kanak lelaki bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" ."Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Musim berlalu, kanak-kanak lelaki itu membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi di hatinya tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dia 'menghubungi Tuhan', dan dia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa" . "Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " . "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " . "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " . "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " . "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " . "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu " . "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun dia perlukan" . "Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkannya, atau bagaimana dia menyisir rambutnya" . "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada"

Antara sabar dan mengeluh..

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "


Mukjizat Bismillah..satu permulaan bagi setiap perbuatan...

"BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM....Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani . . .

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR
ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari  kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan  kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sama-samalah kita mengamalkannya.