Cuba renung-renung balik, exams yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya menuntut kita supaya mempunyai 4 sikap utama ketika melakukan pelbagai perkara atau kerja. (Pre-Exam to Exam) Pertamanya adalah berikhtiar atau berusaha yang bersungguh-sungguh dan keduanya iaitu selepas itu, adalah bertawakkal. Islam tidak mengajar umatnya hanya dengan duduk diam tidak berusaha apapun dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tak bolehlah kalau kita tak study sungguh-sungguh, faham dan hafal sampai terhadam sebaik-baiknya kemudian melangkah ke tempat exam nak bertawakkal?
Itu sudah salah konsep. Usahalah dulu bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kemudian, barulah bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala kesudahan itu kepada ALLAH SWT. Sikap yang kita lakukan ini akan dapat mengusir prasangka buruk terhadap apa yang bakal kita temui nanti. Sesuatu yang buruk berlaku itu tak semestinya tak baik untuk kita, dan sesuatu yang baik itu tak semestinya baik untuk kita. Fikirkanlah... kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya” (At-thalaq:3).
Maka, hati orang yang bertawakkal kepada Allah ini insya Allah akan kuat. Ia tidak dapat dipengaruhi bermacam prasangka buruk, dan juga tidak dapat digoncang oleh pelbagai peristiwa yang terjadi. Apa-apa yang berlaku dia redha dan terima. Dia yakin Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang telah bertawwakal kepada-Nya dan yakin akan janji-Nya. Dengan sikap ini akan hilanglah kegusaran dan kegelisahan. Sesuatu kesulitan berubah menjadi kemudahan, yang berasa takut akan menjadi aman dan yang kesedihan menjadi kegembiraan. Insya Allah... "Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyrah: 5-6)

Namun, saya berpendapat USAHA yang SUNGGUH-SUNGGUH dulu adalah penting sebelum kita mahu bertawakkal menyerahkan penentuan kepada Allah. Tanpa usaha itu, janganlah nak mengharap Allah akan menentukan kejayaan kepada kita hasil usaha yang tak seberapa itu. Kadang-kadang kita kata kita dah usaha betul-betul tapi masih tak dapat markah yang baik. Betul ke? Cuba cermin balik diri tu, betul ke kita dah berusaha? Dah faham & hafal betul-betul ke? Dah hadam dengan baik-baik ke? Kalau betul-betul dah, kenapa masih mahu meragui tawakkal kita padaNya?.... “Jangan sampai ujian yang beberapa hari ini saja akan menghapus syukur kita atas nikmat Allah selama ini, itu sebuah kesalahan besar, perbanyak istighfar, mudah-mudahan Allah memaafkan dan memberi jalan keluar kepada kamu....” (Post-Exam)
Kemudian, yang ketiga dan keempat adalah sabar dan syukur. Inilah senjata utama setiap muslim dalam hidupnya. Sebahagian hidupnya mestilah diisi dengan rasa sabar terhadap pelbagai dugaan, cabaran dan masalah yang menimpanya dan selebihnya diisi dengan rasa syukur apabila datang nikmat daripada-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sungguh luar biasa urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap urusannya itu akan mendatangkan kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan musibah, dia bersabar dan itu adalah kebaikan untuknya. Hal itu tidak diberikan untuk sesiapa pun kecuali untuk seorang mukmin.” (Muslim)
No comments:
Post a Comment